Salam kepada anak-anak,adik-adik,kakak-kakak abang-abang,makcik-makcik,pakcik-pakcik dan semua pengunjung blog ini. Sukran kepada Allah S.W.T saya dipanjangkan usia untuk bertemu dengan anda di blog ini. Sebelum paparan blog ini dibaca terus-terusan,izinkan saya untuk memohon maaf sekiranya tulisan ini ada menyakiti atau menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak. Tiada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak sekadar sebagai iktibar dan renungan apa yang ditulis untuk meneruskan kecemerlangan hidup yang lebih baik di dunia sementara ini.
Setiap hari ada sahaja berita kematian kita dengar samada melalui media cetak mahu pun elektronik. Kematian adalah disebabkan trajedi pembunuhan , kemalangan dan pelbagai lagi. Baru-baru ini di sebuah akhbar menyiarkan seorang remaja maut dalam kejadian menunggang motorsikal secara berbahaya meniarap dengan kaki diluruskan kebelakang ala-ala 'superman' (laporan akhbar harian metro 13 Apr 2010 ms 5). Ekoran dari kemalangan, remaja tersebut kehilangan kaki kanan (terputus). Subhanahuallah.. Saya secara peribadi ingin menasihati diri saya sendiri dan remaja-remaja semua agar tidak melakukan perkara-perkara sebegini yang menyalahi undang-undang dan membawa padah kepada diri kita sendiri. Usah terpengaruh dengan kawan-kawan dan berfirkir sebelum bertindak.JANGAN SIA-SIAKAN USIA MUDA. Ingat kepada ibu bapa,serta keluarga yang sentiasa mendoakan untuk kejayaan kita. Mereka sentiasa menyayangi kita semua.Sekiranya berminat sangat nak merempit pergilah ke tempat-tempat atau litar-litar yang telah disediakan. Saya setuju dengan seorang blogger kita adik Amor (nama samaran kot) dahulunya beliau mat rempit sekarang ni dah jadi mat blog.Tahniah!Tahniah! membawa perubahan yang cemerlang kepada dirinya.
KATAKAN

Sebagai Panduan untuk kita bersama kata kan TAK NAK MEREMPIT sebab-sebab:
. Usia aku terlalu muda dan tak nak disia-siakan
. Aku mempunyai ibu bapa yang perlukan bantuan kerana aku bukanlah golongan yang berada
. Aku mempunyai adik beradik serta keluarga yang menyayangi aku selalu
. Aku ingin menjadi insan cemerlang apabila dewasa kelak
. Aku tidak mahu terpengaruh dengan kawan-kawan yang menuju jalan kejahatan yang tidak berfaedah
No comments:
Post a Comment