Profil


Saya mulakan dengan kalimah bismillahirahmanirahim salawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini

Sebelum anda melayari lebih jauh laman ini,maka perlulah saya untuk nak perkenalkan diri serba ringkas kepada anda semua. Saya dilahirkan di Kluang Johor 40 tahun yang lalu dan dibesarkan secara sempurna di Melaka. Bidang blog ini amat baru bagi saya kerana baru sahaja berjinak-jinak di dalam bidang ini tahun lepas (2009) selepas BERSARA dari ATM  setelah berkhidmat selama 22 tahun.  Semasa berkhidmat banyak pengalaman-pengalaman yang diperolehi khususnya di bidang TEKNIKAL KEMERIAMAN (dahulu jurulatih meriam).  Selain dari kerjaya utama sebagai jurulatih semasa berkhidmat dahulu,saya berkesempatan juga dihantar menghadiri BENGKEL PENGACARAAN,KURSUS MULTIMEDIA. Bengkel serta kursus yang dihadiri merupakan titik tolak pencentus idea untuk terjun ke bidang blogging selepas bersara. Di dalam bidang ini saya amat baru dan banyak lagi yang perlu digali dan dipelajari,kepada blogger-bolgger muda yang berkesempatan melayari blog ini dapat kiranya menunjuk ajar kepada saya untuk kita sama-sama mewarnakan bidang blogging ini di Malaysia. Bidang-bidang yang pernah saya ceburi sebelum ini adalah pelukis kartun untuk Senyum Skot di Majalah Gila dan Majalah Humor (nama samaran MIA),Pengacara di Majlis-majlis semasa berkhidmat. Disertakan sedikit biodata penulis

Nama                          : Azmi Md Dan
Umur                          : Dah senja (tua) sekitar 40an
Tempat Kelahiran         : Kluang Johor
Pangkat Terakhir  ATM  : Kapt
Kerjaya Kartunis           : 1984 - 1990
Kerjaya ATM                : 1987 - 2009
Kerjaya Pengacaraan    :  1984 - hingga sekarang
Kerjaya Blogger           : 2009 - hingga.....
Nama Samaran Blogger : Otai (Orang Tua Aku Ini )N.S (Nama Samaran)
Blog                           : http://www.gempak2u4u.blogspot.com/
Alamat email               : amyaz1320@yahoo.com.my