Thursday, June 10, 2010

Facebook Lagi

Entri kali ini masih lagi berkaitan FACEBOOK. Hampir 2 minggu melayari FB,kawan pun dah mula ramai dari puluh dah cecah ratusan dan target ribuan.he.he.Lagi ramai kawan lagi banyak maklumat yang diperolehi.  Rata-rata di fb ni bolehlah saya rumuskan ianya menjurus kepada topik-topik seperti luahan perasaan,aktiviti-aktiviti keluarga@berkumpulan,maklumat-maklumat semasa dan yang paling banyak di di fb ni membuka ruang dan peluang perniagaan tak kira samada perniagaan internet atau perniagaan yang berunsurkan produk (beraneka produk). Bagi saya tak kira apa jua yang anda promosikan di fb semuanya ada kebaikannya tersendiri,ianya bergantung kepada individu yang menilai dan mentafsirkan. Sekiranya anda mampu untuk melakukan perniagaan yang dipromosikan anda bolehlah sertai (jangan terlibat dengan Skim Cepat Kaya sudahlah).Zaman sekarang ni bermacam-macam orang gunakan taktik dan teknik untuk kepentingan diri sendiri, Jadi saya nasihatkan berhati-hati jangan terpengaruh dan terpedaya dengan skim serta program-program yang dipromosikan.  Berfikir sebelum bertindak.  Bukanlah saya anti kepada mereka-mereka yang mengujudkan perniagaan-perniagaan ini seperti Irfan Khairi berkata 'Tiada Jalan Pintas untuk Berjaya'. Kepada anda yang berminat untuk melakukan perniagaan Internet bolehlah melayari laman IF. Saya sentiasa mengikuti perkembangan tulisan di laman beliau

No comments: