Thursday, June 10, 2010

Facebook Lagi

Entri kali ini masih lagi berkaitan FACEBOOK. Hampir 2 minggu melayari FB,kawan pun dah mula ramai dari puluh dah cecah ratusan dan target ribuan.he.he.Lagi ramai kawan lagi banyak maklumat yang diperolehi.  Rata-rata di fb ni bolehlah saya rumuskan ianya menjurus kepada topik-topik seperti luahan perasaan,aktiviti-aktiviti keluarga@berkumpulan,maklumat-maklumat semasa dan yang paling banyak di di fb ni membuka ruang dan peluang perniagaan tak kira samada perniagaan internet atau perniagaan yang berunsurkan produk (beraneka produk). Bagi saya tak kira apa jua yang anda promosikan di fb semuanya ada kebaikannya tersendiri,ianya bergantung kepada individu yang menilai dan mentafsirkan. Sekiranya anda mampu untuk melakukan perniagaan yang dipromosikan anda bolehlah sertai (jangan terlibat dengan Skim Cepat Kaya

Wednesday, June 2, 2010

Facebook Oh Facebook


Salam semua, Kali ini entri yang saya pilih bertajuk FACEBOOK OH FACEBOOK.  Mungkin anda semua pun tahu apa itu Facebook. Baik tak payahlah saya nak terangkan secara detail.  Saya memiliki Facebook ni memang dah lama tapi tak tergerak untuk nak update sepenuh masa. Masa tu orang berlumba-lumba add friends kat facebook masing-masing,Ntah macam mana minggu lepas terima email dari seorang kawan lama semasa berkhidmat iaitu saudara Hairul Nizam (gambar di chat box saya), saya pun tak pernah memberinya email saya.Jadi saya pun bukalah facebook beliau,di situlah bermulalah putik cinta kat facebook ni.ha.ha.jiwang lah pulak!!!Jadi melalui facebooknya saya dapat berhubung dengan rakan-rakan lama yang sedang berkhidmat  mahupun yang seangkatan dengan saya (bersara) . Itulah orang kata bila hati dah terbuka ngan sesuatu tu apa lagi pulun sakan lah add friends baru nak tercari-cari.Dalam masa seminggu ni dapatlah gak mengumpul kawan-kawan seramai 90 orang  (taklah ramai) Jadi kepada mereka-mereka yang sudi berkawan ngan saya yang telah sign up kat facebook saya,saya ucapkan jutaan terimakasih.

Saturday, May 29, 2010

Masih Ada Yang Sudi

Salam kepada semua pengunjung,

Lama tak kemas blog ni, sibuk sikit sekarang ni sebab sedang  mengusahakan sebuah perniagaan 'trading'. Entri kali ini nak berkongsi sikit tentang pengalaman tolong menolong antara satu sama lain bila kita berada dalam  kesusahan.  Ceritanya begini baru-baru ini, niat hati untuk ke bengkel kereta bertujuan nak repair kereta yang baru sahaja dibeli (kereta second hand biasalah banyak ragamnya) semasa dalam perjalanan tiba-tiba kereta buat hal berhenti secara tiba-tiba, terlalu  percaya dengan meter yang kereta yang ada rupa-rupanya minyak kering. Stesen minyak taklah jauh adalah kira-kira 3 batu dari tempat kejadian. Memang tiada pilihan terpaksa jalan kaki untuk ke stesyen minyak jauh gak berjalan alhamdulilah sebuah teksi berhenti, bila dah sampai ke stesyen minyak tadi nak bagi duit tambang, pemandu tu tak nak ambil, dia kata tak payahlah wah mulia sungguh pemandu teksi tu. Begitu juga setelah membeli minyak dan ingin kembali semula ke tempat kereta saya, maka muncul pula sebuah kereta yang tidak dikenali menumpangkan saya. Alhamdulilah rupa-rupanya rakyat Malaysia memang berhati mulia. Inilah amalan yang perlu kita taburkan kepada generasi-generasi akan datang. Saya berdoa agar insan-insan yang membantu saya ketika dalam kesusahan tempohari akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.Insayallah.Sesungguhnya apabila kita membuat amalan  dengan niat yang ikhlas tak kira kepada sesiapa nescaya apabila kita dalam kesusahan  kelak pasti ada yang akan membantu kita.  Teringat sewaktu menumpangkan seorang kanak-kanak  ke masjid untuk solat jumaat dahulu,ini balasan dari Allah S.W.T.Alhamdulilah

Ulasan dialu-alukan dari anda

Friday, May 7, 2010

Buat Blog Jadi Mewah


 

Salam kepada semua pengunjung blog ini,

Bertemu lagi..ntah keberapa puluh kali blog 'themenya' ni ditukar kulit rupa dan warnanya ha..ha..ha..,diharapkan dengan perubahan ini tidak akan menjejaskan kunjungan anda ke blog ini ha.ha.Entri kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang pembacaan saya di salah satu akhbar tempatan bertarikh 13 April 2010 (Selasa) bertajuk 'JADI MEWAH TULIS BLOG'.Di artikel tersebut seorang wanita yang telah pun berkeluarga  berkongsi rahsia kejayaan dan mampu meraih pendapatan 10k sebulan hasil dari berblogging. Wau teruja gak dengan kejayaan yang beliau kecapi, apa pun sekalung tahniah buat Mira Abu Bakar di atas kejayaan yang diperolehi.Tidak hairanlah beliau memperolehi kejayaan ini hasil dari usaha gigih selama 3 tahun (berbaloi-baloi).  Kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang diri beliau bolehlah melayari blog beliau redmummy.com Di sini saya sertakan sedikit panduan menjana pendapatan menerusi blog yang diberi oleh beliau untuk dikongsi bersama

1. Individu mestilah mempunyai internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana
2.  Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen,cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehinggalah ia berkembang
4.  Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada
5.  Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan,setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan
6.  Mendaftar dengan laman Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang
7.  Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

Semoga panduan yang diberikan oleh beliau ianya dapat dimanafaatkan kepada kita semua untuk mengikuti jejak langkah beliau. Dan diharapkan pada masa-masa akan datang  lebih ramai lagi blogger yang akan menempah kejayaan.Insyallah
.

Friday, April 16, 2010

Pilot vs Pirate

Jenaka Tak Kelakar

Teringat zaman persekolahan , sering diajukan tentang pekerjaan apabila besar kelak. Ada di kalangan kita semasa kecil akan menjawab job yang ditanya samada  dalam bahasa Inggeris atau pun Melayu. Contoh nak jadi askar, jadi cikgu, jadi 'lawyer' (jarang kita dengar jadi peguam) dan berbagai lagi pekerjaan.  Teringat zaman persekolahan dahulu apabila cikgu bertanyakan soalan ini kepada murid-muridnya 

Cikgu : Kamu Azman (bukan nama sebenar) dah besar nak jadi apa?

Azman : Saya dah besar nak jadi Doktor.

Cikgu : Bagus, kamu pula Salmah (bukan nama sebenar).

Salmah : Saya dah besar nak jadi Cikgu.

Cikgu   : Bagus, kamu pula Rahman (bukan nama sebenar)?

Rahman : Dengan tersipu-sipu Rahman menjawab saya dah besar nak jadi 'Pirate'

Cikgu   : Apa kamu nak jadi Lanun(dalam keadaan separuh marah) ?

Kelas    : Ketawa berdekah-dekah

Rupa-rupanya si Rahman tadi nak sebut 'Pilot' bukan 'Pirate' ini disebabkan dia ada masalah nak sebut huruf L

Cerita ini tidak ada niat yang bukan-bukan untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.  Nama di atas semuanya telah disamarkan.Ha.Ha.Itu sahaja untuk entri kali ini. Tiada paksaan untuk anda tersenyum atau menangis.





Wednesday, April 14, 2010

Rempit Lagi

Salam kepada anak-anak,adik-adik,kakak-kakak abang-abang,makcik-makcik,pakcik-pakcik dan semua pengunjung blog ini. Sukran kepada Allah S.W.T  saya dipanjangkan usia untuk bertemu dengan anda di blog ini.  Sebelum paparan blog ini dibaca terus-terusan,izinkan saya untuk memohon maaf sekiranya tulisan ini ada menyakiti atau menyinggung hati  dan perasaan mana-mana pihak. Tiada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak sekadar sebagai iktibar dan renungan apa yang ditulis untuk meneruskan kecemerlangan hidup yang lebih baik di dunia sementara ini.
  
KATAKAN

Setiap hari ada sahaja berita kematian kita dengar samada melalui media cetak mahu pun elektronik.  Kematian adalah disebabkan trajedi pembunuhan , kemalangan dan pelbagai lagi. Baru-baru ini di sebuah akhbar menyiarkan seorang remaja maut dalam kejadian menunggang motorsikal secara berbahaya meniarap dengan kaki diluruskan kebelakang ala-ala 'superman' (laporan akhbar harian metro 13 Apr 2010 ms 5). Ekoran dari kemalangan, remaja tersebut kehilangan kaki kanan (terputus).  Subhanahuallah.. Saya secara peribadi  ingin menasihati diri saya sendiri dan remaja-remaja semua agar tidak melakukan perkara-perkara sebegini yang menyalahi undang-undang dan membawa padah kepada diri kita sendiri. Usah terpengaruh dengan kawan-kawan dan berfirkir sebelum bertindak.JANGAN SIA-SIAKAN USIA MUDA. Ingat kepada ibu bapa,serta keluarga  yang sentiasa mendoakan untuk kejayaan kita. Mereka sentiasa menyayangi kita semua.Sekiranya berminat sangat nak merempit pergilah ke tempat-tempat atau litar-litar yang telah disediakan. Saya setuju dengan seorang blogger kita adik Amor (nama samaran kot) dahulunya beliau mat rempit sekarang ni dah jadi mat blog.Tahniah!Tahniah! membawa perubahan yang cemerlang kepada dirinya. 

Sebagai Panduan untuk kita bersama kata kan TAK NAK MEREMPIT sebab-sebab:

.  Usia aku terlalu muda dan tak nak disia-siakan
. Aku mempunyai ibu bapa yang perlukan bantuan kerana aku bukanlah golongan yang  berada
. Aku mempunyai adik beradik serta keluarga yang menyayangi aku selalu
. Aku ingin menjadi insan cemerlang apabila dewasa kelak
. Aku tidak mahu terpengaruh dengan kawan-kawan yang menuju jalan kejahatan yang tidak  berfaedah

Tuesday, April 6, 2010

Tua Pasti Mari

kemaskini 8 Apr 2010 - by otai N.S

 Salam semua,

Dah beberapa hari tak update blog ni,komputer bermasalah cam orang dia gak dah tua ha..ha..ha..apa pun tua pasti mari kerana itu hukum alam kita tidak dapat lari dari menuju ketuaan.  Bermacam-macam peristiwa semasa berlaku,alhamdulillah dengan skodeng otai kat blog anak-anak, adik-adik macam-macam maklumat yang otai perolehi.Sukran kepada sume blog yang otai dah skodeng,he,he,Ada blog yang mendedahkan sikap kebiadapan seorang remaja belasan tahun yang menulis di FB dengan kata-kata yang tidak bermoral kepada allahyarham Din Beramboi. Memang kalau dilihat dengan kata-kata blog dia tu menyakitkan hati,otai yang dah senja ni memang terasa bila golongan kecil tidak menghormati yang tua lebih-lebih lagi menghina orang-orang yang dah tiada.  Semoga kita yang dah berusia ini dapat sedikit sebanyak membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh beliau, ialah usia yang sebegitu tidak berfikir panjang,menulis mengikut nafsu yang dihasut oleh syaitan.