Galeri Keluarga

HARI WEEKEND
kemaskini 28 Mac 2010 - otai N.S

Minggu ni saya berpeluang untuk balik kampung bertemu kaum keluarga hampir sebulan tak balik.  Alhamdulillah cuti sesingkat 2 hari dapat gak dimanfaatkan kat keluarga. Ayah saya telah membeli PA System untuk melakukan perniagaan HEBATTT. Sebenarnya PA System ni telah beliau lakukan sejak saya masih kecil lagi iaitu ketika saya berumur 12 tahun (1980) yang menariknya sayalah guru yang mengajar bagaimana untuk mengendalikan PA System, Peralatan PA System sekarang ni tak macam dulu sebab itu dia tidak tahu untuk memasang dan mengendalikannya, rupa-rupanya dalam diam-diam adik saya juga mempunyai bakat yang sama dalam bidang jurucara cuma beliau tak tunjuk bakatnya selama ini. Alhamdulillah satu hari mengajar adik beradik dalam mengendalikan PA System ni rasanya kepuasan yang tidak ternilai.

HARI KELUARGA TAHUN 2010

Pada 14 Feb 2010 alhamdulillah satu program keluarga telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.  Semasa berkhidmat di dalam ATM dahulu tugas tambahan aku mengacarakan berbagai-bagai majlis Sambutan Hari Raya, Majlis Hi-Tea, Sambutan Hari Keluarga, Sambutan HUT dan bermacam-macam lagi. Selepas BERSARA ni rasanya dah sampai masanya untuk aku BERKHIDMAT kat keluarga lak. Macam biasa akulah yang bertanggungjawab mengendalikan segmen hiburan di dalam Hari Keluarga yang lepas. Pertandingan Karaoke telah diadakan terbuka kepada semua kaum keluarga.  Keluarga aku ni boleh dikatakan keluarga seni gak bermula ayah aku sehinggalah ke cucunya.  Apapun acara karaoke yang julung kalinya dibuat secara besar-besaran mendapat pujian dari ahli keluarga.Bagi aku acara-acara begini sebenarnya memupuk untuk kita mengeratkan ikatan kasih sayang di antara satu sama lain.  

Aku sedang menemu ramah peserta-peserta karaoke

gambar-gambar sekitar pertandingan karaoke


No comments: