Tuesday, March 30, 2010

Minat atau Bakat

Minat atau Bakat
kemaskini 31 Mac 2010 - by otai N.S

Anda mempunyai minat sewaktu kecil seperti memancing ikan,bermain bola, melastik burung, menyanyi, melaga ayam, main masak-masak,police sentry (main sorok-sorok) dan macam-macam lagi,adakah minat anda ini dibawa sehingga ke dewasa? Jawapannya ada pada diri anda. Percaya atau tidak ada sebahagiannya mereka-mereka yang berjaya hari ini bermula dengan minat sewaktu kecil lagi contoh penyanyi,pemain bola sepak, penari, pemuzik dan banyak lagi bidang. Tetapi ada juga sebahagiannya yang meletakkan minat sewaktu kecil sebagai aktiviti tambahan apabila dewasa, ini kerana mempunyai bidang kerjaya yang lain sebagai pekerjaan utama. Begitu juga anda yang sekarang ni golongan remaja mempunyai minat terhadap dunia IT khususnya dunia blogging dan tidak mustahil saya rasa suatu hari nanti anda akan berjaya menjadi Blogger terkenal seperti Usahawan-usahawan Internet sekarang ni. Insyallah.Teruskan minat anda. Sebenarnya entri kali ni saya nak ceritakan minat saya sewaktu kecil mengendalikan PA System terus dibawa hingga ke hari ini, kalau tak percaya saya buktikan dengan 2 gambar di bawah.

Ketika berumur 12 tahun (1980) yang berbaju biru sayalah tu

Gambar yang diambil pada 27 Mac 2010 umur kira sendirilah ye..yang bermisai sayalah tu
Ada perkongsian dari anda? Taip di sini

Sunday, March 28, 2010

Terjah Blog

Terjah Blog
kemaskini 28 Mac 2010 - by otai N.S

Dalam diam tak diam blog yang saya bina ni dah menghampiri jangkamasa 1 minggu alhamdulillah ada juga yang sudi mengunjungi walaupun tidaklah begitu ramai ha.ha.namun saya bersyukur walaupun kekadang ada yang sekadar jalan-jalan tak kisah yang penting adalah juga. Kepada anda yang telah mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini diucapan terimakasih. Kunjungan-kunjungan anda ke blog saya ini sedikit sebanyak membakar semangat saya untuk terus berblog. Insyallah.

Sebelum entri ini, saya ada menulis akan melakukan penerjahaan atau 'blogwalking' kat blog-blog. Hasil dari penerjahan ke atas blog-blog yang dilawati bolehlah saya membuat rumusan dan pendapat bahawa blog yang dihasilkan terdiri dari 3 kategori utama iaitu:

1. Blog Peribadi
2. Blog Perniagaan
3. Blog Peribadi + Blog Perniagaan

Blog Peribadi - Sebilangan besar yang mempunyai blog persendirian adalah di kalangan mereka-mereka yang terdiri dari golongan remaja iaitu di kalangan pelajar-pelajar, perseorangan yang sedang mencari pekerjaan, mereka-mereka yang telah mempunyai pekerjaan. Kebanyakan blog peribadi menjurus kepada penulisan tentang diri sendiri,kaum keluarga,rakan-rakan serta sedikit maklumat-maklumat yang berkaitan dengan IT ,isu-isu semasa atau bidang yang mereka lakukan. Kebanyakan blog peribadi yang saya lawati semuanya telah mempunyai ramai 'FOLLOWER' dan Blog Acheive yang dihasilkan sebilangan besarnya bermula tahun 2007,2008,2009 sehingga sekarang. Jadi sekalung tahniah kepada anda yang telah mempunyai blog dan sentiasa mengemaskini dari masa ke semasa.

Blog Perniagaan - Manakala blog perniagaan pada kaca mata saya dibina oleh 2 golongan utama iaitu golongan yang menjalankan sepenuh masa perniagaan di Internet dan juga golongan yang telah mempunyai pekerjaan tetapi inginkan pendapatan tambahan dengan menjalankan perniagaan internet senang cerita buat sambil-sambilan.

Blog Peribadi + Blog Perniagaan - Ada juga mereka yang membina blog 2 dalam 1 iaitu blog peribadi diselitkan dengan sedikit busines seperti menjual ebook,perkhidmatan membuat website dan pelbagai lagi.
Jadi apakah kategori blog anda?Hanya anda sahaja yang tahu.
p/s Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi saya hasil dari blogwalking kat sebahagian blog-blog,sekiranya fakta ini tidak berapa tepat tolong perbetulkan.
Ada pendapat dan komen?

Thursday, March 25, 2010

'Blogwalking'

'Blogwalking'
kemaskini 26 Mac 2010 - by otai N.S

Kali ini saya ingin mempratikkan tips yang diberi oleh saudara Amir melalui lawatan sambil belajar di blog beliau iaitu bagaimana nak blog kita dikunjungi ramai. Salah satu tips yang diberi adalah dengan cara 'Blogwalking' jalan-jalan dan intai-intai blog orang lain, seumpama kita melawat rumah jiran-jiran kita,kawan-kawan, saudara mara,kenalan dan sesiapa sahaja, hasil dari lawatan tersebut kita akan lihat perbezaan di antara rumah-rumah yang kita kunjungi tadi,rumah yang ini meletakkan TV di sudut ini,rumah yang itu meletakkan TV di sudut yang lain pula.  Begitulah juga dengan dunia blogging ni,kita kena seharusnya yang baru seperti saya ni bermula seperti mana anda lakukan 3 ke 4 tahun yang lepas. Jadi hari ini tugas saya akan mulakan lawatan ke laman-laman web atau blog. Hasil lawatan nanti saya akan kongsikan dengan anda di entri selanjutnya.

Budaya Membaca

Budaya Membaca
kemaskini 25 Mac 2010 -otai N.S


Apa kena mengena kedua-dua gambar di atas? Gambar di atas ada kena mengena dengan entri saya kali ini iaitu Budaya Membaca,'Ulat Buku' bermaksud orang yang suka membaca

Sewaktu perjalanan tempohari dari Seremban ke Shah Alam, saya berkesempatan mendengar salah satu siaran radio yang keudara di mana  topik yang dibincangkan adalah Amalan Membaca Masyarakat Kita.  Ahli Panel yang dijemput untuk membincangkan topik ini turut membacakan analisa tinjauan ke atas masyarakat kita yang bekerja menggunakan perkhidmatan LRT pergi dan balik.  Sepanjang tinjauan yang dilakukan tidak ramai penumpang yang berada di dalam LRT tersebut  mengisi masa lapang dengan aktiviti membaca.  Peratus yang membaca di kalangan penumpang LRT tersebut agak sedikit jika nak dibandingkan dengan peratus penumpang yang duduk termenung dan tidur.  Tidak hairanlah di Perpustakaan Negara, Negeri, Daerah malah Desa kehadiran pembaca-pembaca buku di kalangan masyarakat kita amat rendah.  Kenapa ini berlaku? Adakah masyarakat kita hari ini terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk membaca? Pandangan saya trend membaca hari ini telah berubah mengikut peredaran masa, masyarakat hari ini lebih suka berada di hadapan komputer untuk membaca tidak kira apa sahaja topik yang menarik samada ekonomi,hiburan mahupun sosial. Percaya atau tidak hari ini yang menariknya dan patut dibanggakan masyarakat kita telah mula belajar menulis melalui laman-laman web atau blog peribadi yang dibina untuk menarik pembaca. Bukankah Ini merupakan salah satu langkah atau jalan untuk menambah naik kadar peratus pembaca di Malaysia? 

Ada pendapat?

Wednesday, March 24, 2010

Baru Belajar

Baru Nak Belajar
Kemaskini 24 Mac 2010-by otai N.S


Bila melihat gambar pokok cempedak di sebelah maka saya teringat satu peribahasa berbunyi 'Buah Cempedak Di Luar Pagar,Ambil Galah Tolong Jolokkan,Saya Budak Baru Belajar, Kalau Salah Tolong Tunjukkan. Begitulah saya saat dan ketika ini memang baru di dalam dunia blog ini dan perlukan banyak teguran dan komen dari anda semua. Mengaku tak tahu lebih baik dari tak tahu buek-buek tahu. Den ni dah macam-macam blog dah den buek tapi somuonya tak borkonan,tengok oghang punyo blog power, ubah lak,esok ubah lusa ubah, sampai la ke yang ini mintak-mintak tak berubah.hah.ha. Memang banyak rasonya den nak kono belajar dalam dunio blogging ni, Jadi kepado kengkawan yang dapek samo-samo sudi layan buek teguran,komenan (ado ko bahaso ni?) atau apo sajo kek blog den ni memang den borbosar hati.

Tuesday, March 23, 2010

Tidak Terlewat

Tidak Terlewat
kemaskini 23 Mac 2010 - by otai N.S

Salam kepada pengunjung-pengunjung blog ini,

Berjumpa lagi kita di blog ini, entri kali ini bertajuk 'TIDAK TERLEWAT'. Ketika ini dunia blogging dipolopori oleh sebilangan besarnya terdiri dari golongan muda.TAHNIAH!! kepada golongan muda yang telah menjadikan bidang Blogging ini salah satu kerjaya utama atau tambahan, Teringat semasa ketika berkhidmat dahulu saya sentiasa di'salute' oleh orang-orang bawahan saya, sekarang giliran saya pula nak 'salute' kepada golongan-golongan muda yang yang sentiasa bergerak laju di dalam teknologi internet ni khususnya di dalam bidang ini,kepada yang telah BERJAYA sekali lagi TAHNIAH!!!Anda memang HEBAT!!dan kekalkan kejayaan jangan mudah berasa selesa dengan apa yang dikecapi terus belajar dan belajar. Bagi golongan seumur saya (tidak ramai kot) yang terlibat di bidang ini jangan jadikan umur sebagai penghalang untuk kita bersaing dengan mereka-mereka yang lebih awal terlibat di dalam bidang ini. Saya teringat kepada satu syarikat Francais di dunia dalam perniagaan permakanan iaitu KF.... Pengasasnya (Kol Sanders) memulakan perniagaan selepas bersara dari tentera, agak lewat beliau bermula. Tetapi jika kita fikirkan beliau menjadikan usia (6o tahun)dan sudah terlewat dan tidak layak mengecapi kejayaan, mana mungkin sehingga ke hari ini perniagaan beliau telah berada di serata dunia sehinggakan anak-anak kecil mampu mengenali perniagaan ini melalui logo ataupun gambar beliau. Rumusan dari entri saya, jangan jadikan umur sebagai PENGHALANG untuk kita BERJAYA.
Ada komen?

Saturday, March 20, 2010

Pengalaman Pertama

Pengalaman Pertama
kemaskini 21 Mac 2010 - by otai N.S

*Pengalaman Pertama, bukan pengalaman malam pertama,sebut betul-betul.. saya di dalam bidang pengacaraan ini ketika masih berkhidmat di dalam ATM dahulu yang mana ketika itu Ketua Jabatan di Cawangan saya mengarahkan saya untuk megendalikan satu program iaitu Malam Anekaragam Sempena Hari Ulang Tahun Pusat Latihan Artileri ketika itu tahun 1996. Terkejut juga bila ditugaskan sebagai pengacara,keluarlah peluh jantan,betina dan macam-macam lagi tidak tahu dari mana arahnya datang, mana tidaknya seumur hidup saya tidak pernah naik pentas ,ada sekali saya naik pentas ketika berumur 12 tahun itupun ambil hadiah untuk tempat ketiga pelajar terbaik di dalam kelas. Puas gak berjumpa Ketua Jabatan keluar masuk pejabat beliau untuk menolak tugas yang diberi tapi hampa kerana Ketua Jabatan saya telah memilih saya kerana ketika itu tiada orang lain yang boleh melakukan tugas ini kecuali tugas ini..wah hebat tu ..tapi dalam tentera ni 'tiada yang tidak boleh melainkan boleh belaka'.
*Ketika itu seingat saya di malam Anekaragam itu turut diadakan Pertandingan Karaoke,Persembahan Pentas, Cabutan Berhadiah oleh staf penuntut dan keluarga. peringkat permulaan mengendalikan Malam Anekaragam tersebut agak terkial-kial namun setelah Malam Anekaragam itu berlangsung banyak idea yang datang secara spontan. Alhamdulillah program yang berjalan selama 3 jam itu telah dapat saya jalankan dengan baik itu bagi saya,saya tak tahu orang yang menontonnya. Keesokannya Ketua Jabatan serta rakan-rakan setugas memberikan ucapan tahniah kerana saya dapat menghidupkan suasana majlis.
*Bagi saya setiap apa yang kita ditugaskan pasti ada hikmah di sebaliknya yang Allah S.W.T nak berikan. Kalaulah saya tidak menyahut cabaran dari Ketua Jabatan saya ketika itu mana mungkin saya boleh menulis untuk berkongsi dengan anda di dalam bidang pengacaraan ini.
*Jumpa lagi di penulisan blog saya yang akan datang

Tuesday, March 16, 2010

Tahap Suara

Tahap Suara (Voice)
kemaskini 18 Mac 2010 - by otai N.S

Adakah anda tahu tentang tahap sesuatu suara?Di sini saya ingin berkongsi jenis-jenis ataupun tahap sesuatu suara.

* Nada Yang Harmoni (Harmonious Tone)
Nada suara yang harmoni akan mengwujudkan perasaan harmoni audien serta keharmonian suasana majlis

*Nada Yang Rendah (Undertone)
Nada suara yang rendah akan melunakkan lagi suara yang sedia ada dan akan menjadi lebih mudah untuk digayakan

*Secara Ikhlas (Sincere Manner)
Suara yang dikeluarkan secara ikhlas akan membantu juruacara untuk mengacarakan majlis dengan lebih sempurna

*Tenang (Steady)
Suara yang tenang akan membantu juruacara untuk meneruskan pengacaraan dalam keadaan lebih selesa

*Beremosi (Emotional)
Suara yang beremosi akan dapat membantu juruacara menggambarkan suasana majlis pada audien

*Memberangsangkan (Impressive)
Suara yang memberangsangkan akan dapat memikat hati audien,lantas mereka tidak akan jemu untuk mendengarnya

*Semula jadi (Natural)
Suara yang dikeluarkan secara semulajadi akan membantu juruacara untuk mengekalkan kelebihan sifat semula jadi dalam sebarang majlis

Tips Hilangkan Gabra

Tips Hilangkan Rasa Gelabah
kemaskini 17 Mac 2010



Saya rasa untuk menjadi juruacara,pengacara deejay atau sewaktu dengannya memang sukar untuk anda yang baru sahaj untuk terjun di dalam bidang ini, bagi mereka-mereka yang telah mendalami bidang ini rasanya mudah sahaja,ini kerana telah melalui proses pembelajaran dari pengalaman. Memang tak dapat dinafikan untuk berkomunikasi di khalayak ramai bukanlah satu perkara yang mudah. Saya berpengalaman menjadi usahawan MLM satu ketika dahulu,ada di kalangan rakan-rakan saya bila berjumpa prospek (one by one) memang tip top tiada masalah,tetapi jika disuruh berkongsi di khalayak orang ramai mulalah bagi alasan nak pergi tandas.he.he.Peluh jantan keluar.Saya dulu peringkat permulaan begitu gak takut,segan,malu dan bermacam-macam lagi timbul. Tapi melalui proses MENCUBA dan mempratikkan selalu maka kesemua perasaan ni akan hilang,tetapi sebagai manusia kita tidak lari dari perasaan gementar. Apakah tips untuk menghilangkan perasaan gelabah,gementar dan mengatasi masalah ini (Tips berdasarkan pengalaman)
1. Tarik nafas panjang-panjang sebelum mengeluarkan suara (selawat dahulu)
2. Niatkan dalam hati untuk anda buat yang terbaik di atas tanggungajawab yang diberi.
3. Anda adalah orang yang terpilih untuk bidang ini jika dibandingkan dengan orang lain
4. Jangan pandang secara fokus kepada audion (bertentangan mata) di peringkat permulaan,seperti orang-orang tua-tua berkata, bila mata bertentang mata lidah menjadi kelu, tetapi sekiranya anda dah lama di dalam bidang ini anda akan rasa audion amat penting untuk anda menghidupkan suasana majlis (two way)
Ada perkongsian dari anda?