Thursday, March 25, 2010

Budaya Membaca

Budaya Membaca
kemaskini 25 Mac 2010 -otai N.S


Apa kena mengena kedua-dua gambar di atas? Gambar di atas ada kena mengena dengan entri saya kali ini iaitu Budaya Membaca,'Ulat Buku' bermaksud orang yang suka membaca

Sewaktu perjalanan tempohari dari Seremban ke Shah Alam, saya berkesempatan mendengar salah satu siaran radio yang keudara di mana  topik yang dibincangkan adalah Amalan Membaca Masyarakat Kita.  Ahli Panel yang dijemput untuk membincangkan topik ini turut membacakan analisa tinjauan ke atas masyarakat kita yang bekerja menggunakan perkhidmatan LRT pergi dan balik.  Sepanjang tinjauan yang dilakukan tidak ramai penumpang yang berada di dalam LRT tersebut  mengisi masa lapang dengan aktiviti membaca.  Peratus yang membaca di kalangan penumpang LRT tersebut agak sedikit jika nak dibandingkan dengan peratus penumpang yang duduk termenung dan tidur.  Tidak hairanlah di Perpustakaan Negara, Negeri, Daerah malah Desa kehadiran pembaca-pembaca buku di kalangan masyarakat kita amat rendah.  Kenapa ini berlaku? Adakah masyarakat kita hari ini terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk membaca? Pandangan saya trend membaca hari ini telah berubah mengikut peredaran masa, masyarakat hari ini lebih suka berada di hadapan komputer untuk membaca tidak kira apa sahaja topik yang menarik samada ekonomi,hiburan mahupun sosial. Percaya atau tidak hari ini yang menariknya dan patut dibanggakan masyarakat kita telah mula belajar menulis melalui laman-laman web atau blog peribadi yang dibina untuk menarik pembaca. Bukankah Ini merupakan salah satu langkah atau jalan untuk menambah naik kadar peratus pembaca di Malaysia? 

Ada pendapat?

3 comments:

otai N.S said...

Ada sebarang pendapat dan pandangan?

otai N.S said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.