Saturday, March 20, 2010

Pengalaman Pertama

Pengalaman Pertama
kemaskini 21 Mac 2010 - by otai N.S

*Pengalaman Pertama, bukan pengalaman malam pertama,sebut betul-betul.. saya di dalam bidang pengacaraan ini ketika masih berkhidmat di dalam ATM dahulu yang mana ketika itu Ketua Jabatan di Cawangan saya mengarahkan saya untuk megendalikan satu program iaitu Malam Anekaragam Sempena Hari Ulang Tahun Pusat Latihan Artileri ketika itu tahun 1996. Terkejut juga bila ditugaskan sebagai pengacara,keluarlah peluh jantan,betina dan macam-macam lagi tidak tahu dari mana arahnya datang, mana tidaknya seumur hidup saya tidak pernah naik pentas ,ada sekali saya naik pentas ketika berumur 12 tahun itupun ambil hadiah untuk tempat ketiga pelajar terbaik di dalam kelas. Puas gak berjumpa Ketua Jabatan keluar masuk pejabat beliau untuk menolak tugas yang diberi tapi hampa kerana Ketua Jabatan saya telah memilih saya kerana ketika itu tiada orang lain yang boleh melakukan tugas ini kecuali tugas ini..wah hebat tu ..tapi dalam tentera ni 'tiada yang tidak boleh melainkan boleh belaka'.
*Ketika itu seingat saya di malam Anekaragam itu turut diadakan Pertandingan Karaoke,Persembahan Pentas, Cabutan Berhadiah oleh staf penuntut dan keluarga. peringkat permulaan mengendalikan Malam Anekaragam tersebut agak terkial-kial namun setelah Malam Anekaragam itu berlangsung banyak idea yang datang secara spontan. Alhamdulillah program yang berjalan selama 3 jam itu telah dapat saya jalankan dengan baik itu bagi saya,saya tak tahu orang yang menontonnya. Keesokannya Ketua Jabatan serta rakan-rakan setugas memberikan ucapan tahniah kerana saya dapat menghidupkan suasana majlis.
*Bagi saya setiap apa yang kita ditugaskan pasti ada hikmah di sebaliknya yang Allah S.W.T nak berikan. Kalaulah saya tidak menyahut cabaran dari Ketua Jabatan saya ketika itu mana mungkin saya boleh menulis untuk berkongsi dengan anda di dalam bidang pengacaraan ini.
*Jumpa lagi di penulisan blog saya yang akan datang

No comments: